JOM BOOKCAFE

SOAL JAWAB GURU



Memecah Masalah


Tajuk : Memecah Masalah (Soal Jawab Guru)
Penulis : Norbi Husin
Penerbit : Utusan Publications&Distributors SDN bHD
Cetakan : 2011
Kandungan :
  1. Diam Banyak Jenis
  2. Guru Baru Takut Pengetua Garang
  3. Mahu Jadi Guru Cemerlang
  4. Banyak Tugas Sampingan, Boleh Menganggu P&P Guru
  5. Kenape Ponteng Sekolah?
  6. Pengetua Emosional Guru Kecewa
  7. Guru Tidak Pandai Menyediakan Teks Ucapan
  8. Guru Matematik Cari Penyakit
  9. Guru Lama Suka Menyindir
  10. Kecewa, Tidak Mendapat Pengiktirafan
  11. Malu Dengan Rakan Berlainan Jantina
  12. Bos Ada Kroni, Mahu Tukar Kerjaya
  13. Setiap Tahun Jadi Guru Kelas
  14. Teknik Mengajar Tingkatan Enam
  15. Jangan Hiraukan Cermin Mengejek
  16. Simpati Rakan Baik Selalu Diselia P&Pnya
  17. Murid Sukar Tumpu Perhatian
  18. Bingung! Jadi Ketua Panitia PJK Tetapi Tidak Mengajar PJK
  19. Bagaimana Nak Buat Orang Suka
  20. GPK Risau Dapat Pengetua Pendiam
  21. Pengetua Teruk!
  22. GPK1 Main Wayang
  23. Hendak Markah Prestasi Tahunan Tinggi
  24. Guru Naik Minyak Dengan GKMP
  25. GPK dan Pengetua Kurang Pengalaman
  26. Seni Dalam Menegur atau Mengkritik
Komentar
Buku ini sgt berguna kepada guru-guru yang memerlukan motivasi dan inspirasi
dalam menjalankan tugas yang sarat dengan bebanan kerja dan emosi

Soalan 1: Hendak Markah Prestasi Tinggi

Saya adalah guru yang sudah lama berkhidmat di tiga buah sekolah.Saya tidak berhadapan dengan banyak masalah semasa bertugas di ketiga-tiga sekolah tersebut.Saya gembira dan bangga menjadi guru.Di sekolah saya selalu dalam keadaan ceria dan selalu membantu rakan-rakan khususnya dalam kegiatan-kegiatan luar bilik darjah.saya berazam untuk mendapat markah prestasi tahunan tinggi setiap tahun kerana ia banayak mendorong saya agar terus gigih bekerja (tahun lepas markah prestasi saya ialah 89 peratus)
   Bagaimana saya boleh mengekalkan markah prestasi tahunan saya agar sterus tinggi setiap tahun?
Azam,JB09

Jawapan:
Terimakasih kerana bertanya saya soalan ini.Soalan ini amat jarang dikemukakan oleh guru-guru kepada pentadbir di sekolahnya kerana malu atau takut dengan pengetua.Sedangkan sepatutnya solan ini seharusnya ditanya kepada pentadbir kerana markah prestasi tahunan itu merupakan cermin kepada segala tugasan yang kita jalankan sepanjang tahun tersebut.lantaran itu guru-guru berhak mengetahuinya agar mereka dapat memperbaiki kelemahan atau kekurangan mereka.Ini penting kerana markah prestasi ada kaitan rapat dengan APC dan kenaikan pangkat.Dengan mengetahui markah prestasi jua guru sedar kemampuan diri mereka menjalankan tugas dan buruk sangka kepada pentadbir akan berkurangan.Banyak kes berlaku dimana guru memusuhi pengetua semata-mata kerana pengetua memberinya markah prestasi rendah pada tahun itu.
   Untuk mengekalkan markah prestasi saudara,supaya sentiasa tinggi setiapa tahun saya cadangkan saudara melihat kembali kandungan Borang Prestasi Tahunan saudara.Dalam borang tersebut,semua markah terletak dalam bahagian III.IV,V,dan VI. Setiap bahagian,wajaran yang diberi tidak sama.Saudara patut tahu bahagian mana wajaran tinggi dan bahagaian mana wajarannya rendah agar saudara sentiasa menjalankan tugas dalam landasan yang tepat.
    Pada bahagian III iaitu Bahagian Penghasilan Kerja dimana wajaran yang diberikan di situ ialah 50 peratus.Untuk mendapatkan 50 peratus ini empat item penting akan dinilai:

1-Kuantiti hasil Kerja
Setakat mana saudara telah dapat melaksanakan tugas saudara berdasarkan SKT (Sasaran Kerja Tahunan) yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.Sekiranya kuantiti hasil kerjanya tidak mengikut SKT tersebut saudara tidak akan dapat markah yang tinggi dalam bahagian ini.Contohnya,jika pihak panitia telah menetapkan semua guru Bahasa yang mengajar tingkatan menengah atas harus mengejar sekurang-kurangnya 8 buah karangan pada akhir bulan April.tetapi guru hanya mampu melakasanakan 4 karangan sahaja,bermakna beliau gagal menepati SKT yang telah ditetapkan.akibatnya beliau gagal mendapat markah penuh di bahagian ini.

2-Kualiti hasil kerja
Saudara hendaklah sentiasa pastikan hasil kerja saudara berkualiti.Ini bermakna,kerja harus dibuat dengan bersungguh-sungguh,teliti,dan bijaksana agar hasil kerja saudara di taha yang membanggakan.

3-Ketepatan masa
Sikap suka menangguhkan kerja boleh menyebabkan banyak tugas yang diberikan kepada guru tidak dapat dilaksanakan mengikut waktu yang telah ditetapkan.Patuhi setiap arahan dan menjaga etika keguruan boleh menjadikan guru dapat bertugas dengan smart serta berdisiplin.

4-Keberkesanan Hasil Kerja
Pengetua akan memeberi markah tinggi kepada gurunya jika didapati guru itu sentiasa dapat menjalankan tugasnya dengan baik dan hasil kerjanya itu pula menunjukkan pelbagai kejayaan.Pada bahagian IV,iaitu menilai Pengetahuan dan Kemahiran seseorang guru wajarannya ialah 25%.Dalam bahagian ini,tiga item yang dinilai iaitu:

1-Ilmu Pengetahuan dan kemahiran dalam kerjayanya
Saudara hendaklah memiliki ilmu pengetahuan yang luas dan kemahiran yang tinggi dalam bidang tugas saudara.Contohnya jika saudara dilantik sebagai guru kelas saudara harus tahu bagaimana hendak menjalankan tugas tersebut dengan baik.Jika saudara tidak ada pengetahuan dalam bidang itu,saudara harus mencari maklumat tersebut dan belajar daripada guru yang berpengalaman.Jangan sesekali memberi alasan tidak dapat menjalankan sesuatu tugas yang diberi kerana tidak tahu tugas tersebut.

2-Perlaksanaan dasar,peraturan dan arahan pentadbir
Saudara hendaklah sentiasa menyokong setiap dasar dan peraturan yang ditetapkan oleh sekolah.Jika saudara mendapati ada peraturan sekolah yang agak longgar atau kurang sesuai dan perlu diperbaiki,saudara bolehlah berbincang dengan pengetua tentang perkara tersebut,bukan mengkritiknya di belakang.

3-Keberkesanana komunikasi
Seseorang guru harus petah bercakap,dapat menerangkan sesuatu dengan jelas dan yakin apabila bercakap di khalayak ramai.

   Pada bahagian V pula, iaitu bahagian Kualiti Peribadi,wajaran yang diberikan dalam bahagian ini ialah 20 peratus.Item yang dinilai ialah
1-Kebolehan mengelola
2-Disiplin
3-Proaktif dan Inovatif
4-Jalinan hubungan dan kerjasama dengan warga sekolah

   Dalam bahagian ini,sekiranya seseorang guru itu didapati cekap mengelolakan sesuatu program atau aktiviti yang diberi oleh pentadbir,mempunyai disiplin yang tinggi baik dari segi dirinya mahupun dalam kerja,cepat bertindak apabila berhadapan dengan sesuatu isu,bijak membuat penambahbaikan dalam sesuatu tugasannya serta mempunyai hubungan yang mesra dengan warga sekolah termasuk kumpulan pentadbir di sekolahnya,maka beliau pasti akan mendapat markah penuh mengikut wajaran yang ditetapkan.
   Akhir sekali ialah Bahagian VI iaitu Kegiatan dan Sumbangan di luar tugasan,wajarannya ialah 5 peratus.
   Pada bahagian ini,saya tidak nafikan,ramai guru khususnya lelaki memang aktif dalam kegiatan di luar tugasan mereka.Contohnya terlibat dalam kegiatan politik,membuat kerja-kerja kemasyarakatan,dan membantu PPD dan Jabatan Pelajaran menjayakan sesuatu program di peringkat PPD atau Jabatan.Sesetengah guru yang memang ada kemahiran dalam sesuatu bidang,jika kemahirannya itu memang diperlukan oleh PPD atau JPN,maka keraplah guru ini dipanggil ke situ.Mereka sering meninggalkan sekolah dan banyak tugasan di sekolah terbengkalai.
   Guru-guru harus ingat sehebat manapun beliau aktif membuat kerja-kerja amal di luar atau kerap ke PPD atau JPN membantu pegawai di sana menjalankan sesuatu program,markah yang diperoleh dalam bahagian ini lima peratus sahaja.
   Ada sesetangah guru merungut mengapa prestasi markah tahunannya tidak tinggi sedangkan beliau banyak membantu PPD atau JPN.Tetapi apabila borang prestasi mereka disemak kembali didapati guru-guru ini banyak kehilangan markah di bahagian III,IV,dan V.
   saya mengharapkan penerangan di atas dapat membantu saudara.

Disalin dari buku memecah masalah 'Soal Jawab Guru'
Norbi Husin                                                              


GPK 1 MAIN WAYANG
Saya adalah guru di SMKF,sekarang telah dilantik sebagai ketua bidang atau guru kanan matapelajaran.Sejak menjadi guru kanan ini,saya sudah terlibat dalam kerja-kerja pengurusan khususnya tugas yang berkaitan dengan bidang saya.Saya seronok berkhidmat di sekolah ini (sudah tujuh tahun).Pengetua sekolah saya ini seorang yang gigih bekerja dan amat menjaga kebajikan warga sekolah tetapi beliau selalu keluar sekolah kerana khidmatnya diperlukan di JPN.
                Masalah saya ialah,saya kurang selesa dengan sikap dan tindakan Guru Penolog Kanan 1.Walaupun dari segi persahabatan,hubungan saya dengannya baik tetapi dari segi tugas saya tidak begitu seronok bekerja dengannya.Beliau sering melepaskan tugasnya kepada saya sehingga kadangkala saya tidak mampu melaksanakannya sebab terlalu banyak.Sebagai ketua bidang,saya juga tidak terlepas daripada mengajar 22 waktu seminggu,sedangkan jumlah waktu mengajar GPK sedikit( hanya enam waktu sahaja).
                Kalau tugas yang diberikan kepada saya itu sekali sekala kerana beliau terlalu sibuk dengan tugas-tugas yang laintidak mengapa juga.Saya ikhlas membantunya.tetapi apa yang saya lihat,apabila beliau menyerahkan tugasnya kepada saya serta rakan-rakanketua bidang yang lain,beliau akan duduk berborak di kantin atau bilik guru (terutama apabila pengetua tidak berada di sekolah).Saya rasa marah dengan sikapnya itu .Kadangkala kami rasa mahu sahaja memberitahu pengetua sikapnya itu tetapi takut pula diketahuinya.Apa yang harus saya lakukan?
                                                                Norisah,Guru Kanan Mata Pelajaran/2009

 Jawapan:
Memang ada antara guru-guru kanan yang kurang bertanggungjawab terhadap tugas mereka.Mereka hanya berperanan sebagai seorang posmen yang membawa surat dan menyerahkan kepada penerimanya mengikut alamat yang ditulis di sampul surat.Maksudnya,apabila pengetua member tugas kepada beliau,beliau akan meminta guru lain melaksanakan tugas tersebut.Sebaik tugas itu selesai dilaksanakan ,beliau akan mengambil hasil tugasan tersebut untuk diserahkan kepada pengetua.Beliau memberitahu pengetua ,bahawa tugas yang diamanahkan kepadanya telah pun selesai disempurnakan.
                Bagi mengatasi masalah puan ini,saya cadangkan puan dan rakan-rakan puan yang sering diminta menjalankan tugasnya itu ,berbincanglah baik-baik dengan GPK ini.Terangkan masalah puan dan rakan-rakan puan secara jujur dan ikhlas kepadanya.Apabila beliau menyuruh puan menjalankan tugasnya,tolaklah secara berhemah dengan member alas an yang kukuh.
                Sekiranya puan dan rakan-rakan puan mendapati sikap GPK ini masih tidak berubah walaupun puan telah menyatakan masalah puan kepadanya,saya berpendapat eloklah pan laporkan sahaja kepada pengetua.setidak-tidaknya,pengetua tahu perangai GPK yang tidak amanah dan bertanggungjawab itu.Paling tidak apabila pengetua tahu, beliau akan menasihati GPK tersebut agar segera menghentikan sikap buruknya itu.saya bimbang kalau puan terus merahsiakan perangai buruk GPK ini daripada pengetahuan pengetua,perangainya itu akan berterusan.ditakdirkan tuahnya ada,beliau dilantk sebagai pengetua nanti,saya percaya beliau akan menjadi pemimpin yang tidak bertanggungjawab pula.Puan tidak sepatutnya takut kepadanya.Menyembunyikan sesuatu perkara yang betul adalah bersubahat.
                Sekiranya pengetua ingin melihat semua guru dan kakitangan di sekolahnya bekerja secara berpasukan dan ingin melihat sekolahnya berjaya dalam semua bidang,saya percaya pengetua akan bertindak bijak mengatasi masalah ini.
Disalin dari buku memecah masalah 'Soal Jawab Guru'
Norbi Husin